SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT, KUALA NERUS

Sejarah

SEJARAH SK. KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT


Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot mula dibuka pada 1 Januari 1983. Pada awal penubuhannya, jumlah murid adalah seramai 205 orang hasil daripada pecahan murid SK. Mengabang Telipot. Tenaga pengajar yang berkhidmat pada masa itu ialah seramai 8 orang termasuk Guru Besar. Guru Besar yang pertama ialah YM Syed Ahmad Muhamad. Di awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai satu bangunan yang memuatkan enam bilik darjah bagi setiap tahun dan satu bilik guru serta pejabat. 

Kedudukan bangunan adalah seperti berikut:

Keluasan tapak    :  6.3 hektar 

Lot                         :  9748

Mukim                  :  Batu Rakit